DARI DAPUR BIASA KE LUAR BIASA. Daripada snek sihat hingga bahan masakan premium, O'Shaa menjadikan setiap hidangan lebih istimewa

✔️ Sedia Dimakan ✔️ Menjimatkan Masa ✔️ Praktikal Untuk Gaya Hidup Moden ✔️ Rasa Asli, Kualiti Terjamin. ✔️ HALAL ✔️ GMP ✔️Snek Sihat & Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Pulang dari kerja dalam keadaan penat, buka peti sejuk, tengok jam anak-anak dah mula bertanya: "Mama... bila nak makan?" Dalam kepala pula terfikir... "Nak kupas bawang lagi... nak goreng lagi... lambat pula nanti..." Akhirnya, makanan segera menjadi pilihan.

Tidak sempat mengupas bawang. Kerap memilih jajan dan makanan segera. Lama-kelamaan, pilihan yang dibuat kerana sibuk boleh memberi kesan kepada gaya hidup dan pemakanan seisi keluarga.
Kesibukan harian membuatkan ramai tidak sempat menyediakan bahan masakan, sehingga urusan di dapur menjadi lebih lambat dan memenatkan.
Pengambilan jajan secara berlebihan boleh menjadi tabiat harian yang menjejaskan keseimbangan pemakanan.
Kesibukan dan jadual kuliah yang padat menyebabkan ramai pelajar mengabaikan waktu makan sebelum ke kelas.
Penyediaan makanan yang lebih pantas hingga pilihan snek yang lebih berkualiti, O'Shaa dicipta untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Memudahkan penyediaan makanan tanpa perlu mengupas atau memotong bahan. Sesuai untuk pelbagai hidangan seperti nasi, mi, pasta, sup, sayur, ayam dan makanan laut
Tempe Chips O'Shaa mempunyai sumber protein berasaskan tumbuhan dan menawarkan snek alternatif dengan kerangupan yang memuaskan dengan rasa yang digemari, menggunakan bahan berkualiti dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga pada bila-bila masa
Sedia Dinikmati Bila-Bila Masa Seperti di Rumah, Pejabat & Dalam Perjalanan Ke Kuliah. Buka Pek, Terus Nikmati!
Setiap produk O'Shaa dicipta untuk menyelesaikan cabaran harian anda seperti menjimatkan masa di dapur, menyediakan hidangan yang lebih sedap dan menawarkan pilihan snek yang lebih berkualiti untuk seisi keluarga.
Jimat masa di dapur tanpa perlu mengupas bawang, agar anda boleh memasak dengan lebih cepat dan mudah. "Tambah aroma, tambah selera."
Dari RM17.90 Beli Sekarang
Pilih snek yang lebih sihat untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan anak-anak.
RM10 Beli Sekarang
Snek yang lebih sihat hari ini, kesihatan yang lebih baik pada masa hadapan
RM10 Beli Sekarang
Tempe Chips O'Shaa ialah pilihan snek yang lebih baik untuk pencinta jajan, dengan kerangupan yang memuaskan dan rasa yang lazat.
RM28 Beli Sekarang
Sekali rasa, pasti nak lagi. Gabungan ikan bilis rangup, kentang pilihan dan sambal istimewa menghasilkan rasa pedas manis yang cukup menyelerakan. Sesuai dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja ketika lapar. Mudah. Cepat. Sedap.
RM16.90 Beli Sekarang“"Saya tak sangka dengan garlic oil ini memang sedap! Cukup letak sedikit sahaja dalam masakan, terus naik aroma bawang putih. Satu botol sahaja boleh masak pelbagai menu. Memang sangat menjimatkan masa."”
“"Tempe Chips Barbeque & Sour & Cream O'Shaa memang sedap! Rangup, tak berminyak dan perisa barbeque dia cukup rasa. Client saya datang, saya jamu tempe chips ni pun mereka suka sangat. Sekarang memang wajib ada stok dekat rumah." ”
“"Sambal Kering Ikan Bilis Kentang O'Shaa memang sedap! Ikan bilis dan kentangnya rangup, sambalnya pula cukup rasa pedas manis dan tak terlalu berminyak. Sangat mudah dimakan dengan nasi panas atau dijadikan kudapan. Memang berbaloi dan saya pasti akan beli lagi!"”
Pilih O'Shaa dan nikmati penyediaan makanan yang lebih cepat, rasa yang lebih sedap serta pilihan snek yang lebih berkualiti.
O'Shaa menawarkan pelbagai produk makanan berkualiti seperti Tempe Chips, Sambal Kering Ikan Bilis Kentang, dan Minyak Bawang Putih, yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan terpilih untuk memberikan rasa yang lazat dan berkualiti.
Ya. Produk O'Shaa sesuai dinikmati oleh seisi keluarga, termasuk orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sila semak tahap kepedasan dan senarai ramuan sekiranya anda mempunyai alahan makanan.
Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–3 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa 2–7 hari bekerja, bergantung kepada lokasi penghantaran.
Anda boleh membuat tempahan terus melalui laman web atau menghubungi kami melalui WhatsApp untuk bantuan dan pertanyaan lanjut.
Ya. Kami mengalu-alukan individu, perniagaan dan usahawan yang berminat untuk menjadi pengedar, stokis atau membuat pembelian secara borong. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada pesanan anda, kami sedia membantu.
Kami menerima permohonan pemulangan atau penggantian sekiranya: Produk diterima dalam keadaan rosak. Produk yang diterima tidak sama dengan pesanan. Produk mengalami kerosakan akibat proses penghantaran.
Sila hubungi kami dalam tempoh 48 jam selepas menerima pesanan dengan menyertakan: Gambar produk. Gambar bungkusan. Bukti pesanan.
Atas faktor keselamatan dan kebersihan makanan, kami tidak menerima pemulangan bagi: Produk yang telah dibuka atau digunakan. Pertukaran atas sebab perubahan citarasa atau kesilapan membuat pesanan. Produk yang rosak akibat penyimpanan yang tidak mengikut arahan selepas diterima.
Setelah tuntutan disahkan, Rayrizq Marketing akan: Menghantar produk gantian; atau Memberikan bayaran balik mengikut kes yang dipersetujui. Bayaran balik akan diproses dalam tempoh 7–14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Telefon / WhatsApp: +6012-565 2817 E-mel: rayrizq_marketing@gmail.com.my
PEMPROSESAN PESANAN Semua pesanan akan diproses dalam tempoh 1–3 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. Pesanan yang dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
PENGHANTARAN Pelanggan bertanggungjawab memastikan nama, alamat dan nombor telefon yang diberikan adalah tepat. Rayrizq Marketing tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kegagalan penghantaran akibat maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat.
KELEWATAN PENGHANTARAN Walaupun kami sentiasa berusaha memastikan penghantaran tepat pada masanya, kelewatan yang disebabkan oleh pihak kurier, cuaca, bencana alam atau faktor di luar kawalan kami adalah di luar tanggungjawab Rayrizq Marketing.